My Add

Friday 10 February 2012

Pemuda derita ketumbuhan 20kg diberi rawatan paliatif

KUANTAN, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Pemuda yang menderita ketumbuhan seberat 20kg dibahu kirinya tidak akan dibedah, sebaliknya diberikan rawatan paliatif bagi mengurangkan kesakitan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, pemuda itu, Mohd Zulhafiz Abdul Ghani, 21, yang dimasukkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lepas, diberikan ubat tahan sakit yang dosnya di tahap paling tinggi bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

"Rawatan paliatif ini adalah rawatan terakhir yang diberikan kepada pesakit yang menghidap kanser tahap kritikal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelbagai rawatan termasuk kemoterapi telah dibuat sebelum ini semasa pesakit yang menghidap kanser tulang tahap kritikal itu mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum dia dirawat di HTAA.

Anak bongsu daripada lima beradik itu menderita penyakit berkenaan sejak April tahun lepas dan dimasukkan ke HTAA Jumaat lepas kerana mengalami pendarahan pada bahagian ketumbuhan itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment