My Add

Wednesday 8 February 2012

Pengerusi KITA Kedah pertikai tindakan memecatnya

SUNGAI PETANI, RABU, 08 Februari, 2012: Zamil Ibrahim, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah yang dipecat oleh parti itu hari ini mempertikaikan tindakan itu yang beliau dakwa sebagai tidak sah.

"Saya tidak mengiktiraf pemecatan ini sebab saya nak pertikaikan siapa Jawatankuasa Disiplin, di mana mesyuarat diadakan, bila masa saya dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin dan atas dasar apa saya dipecat,” katanya pada satu sidang media di Pejabat KITA Kedah di sini.

Zamil berkata, demikian mengulas laporan media bahawa beliau dan Pengerusi KITA Pulau Pinang, Tan Tee Beng dipecat berkuatkuasa serta-merta baru-baru ini kerana membuat kenyataan menjejaskan parti.

Beliau berkata, tidak menerima sebarang surat hitam putih yang menyatakan dipecat daripada terus menerajui kepimpinan parti KITA.

Katanya, beliau sama sekali tidak menerima tindakan pemecatan ke atasnya daripada pimpinan pusat dan akan meneruskan perjuangan mempertahankan parti KITA. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment