My Add

Friday 10 February 2012

Pengesahan DNA Marwan perlu masa

HISHAMMUDIN Tun Hussein menyampaikan cenderahati kepada Asisten Komisioner Untuk Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang-orang Pelarian (UNCHR), Erika Feller yang melawat KDN di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, JUMAAT, 10 Febtuari, 2012:  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak mudah untuk mendapatkan pengesahan DNA pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Johor, Zulkifli Hir @ Marwan yang dikatakan terbunuh dalam serangan udara di selatan Filipina pada Khamis lepas.

Ini kerana, katanya, mereka yang terselamat daripada serangan udara tentera Filipina itu sudah pasti akan menanam mayat rakan-rakan yang terbunuh dalam serangan udara itu tidak kira di mana sekali pun.

''Kita perlu mengenal pasti di mana mayat itu dikebumikan sebelum melakukan sebarang pengesahan DNA dan proses itu sudah pasti akan mengambil masa yang panjang.

''Orang ramai pastinya tidak akan memahami apa yang polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terpaksa lalui proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan dengan Asisten Komisioner Untuk Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR), Erika Feller di sini, semalam.

Khamis lepas, tentera Filipina mengumumkan Zulkifli dan pemimpin kanan pengganas Abu Sayyaf, Umbra Jumdail serta pengganas JI warga Singapura, Abdullah Ali @ Muawiyah termasuk dalam kira-kira 15 yang terkorban serangan udara itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment