My Add

Wednesday 15 February 2012

Polis ambil keterangan Azmin Ali bersabit himpunan 9 Januari

KUALA LUMPUR, RABU, 1 Februari, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan di bawah Seksyen 41 (A) Akta Hasutan 1948 berhubung perhimpunan 9 Januari lalu. 

Azmin tiba di Balai Polis Kepong di sini pada jam 11 pagi tadi dan ditemani peguamnya, N Surendran.

"Saya dimaklumkan bahawa saya disiasat di bawah Akta Hasutan berdasarkan satu laporan polis yang dibuat Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan pada 30 Dis 2011," katanya selepas memberikan keterangan itu.

Sementara itu, ketika mengulas gesaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang menyokong semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel, Azmin berkata, perkara itu akan dijelaskan Anwar dalam masa terdekat. 

"Anwar sendiri akan berjumpa dengan 'tuan guru', sekembalinya beliau dari lawatan luar negara hari ini. Beliau akan memberi penjelasan dan saya percaya perkara ini akan dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat Palestin," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment