My Add

Thursday 16 February 2012

Polis Malaysia waspada pengebom Bangkok warga Iran

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Februari, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berwaspada dan bersiap siaga terhadap tiga rakyat Iran yang dipercayai terbabit dalam serangan di Bangkok untuk membunuh diplomat Israel namun percubaan itu gagal dan dipercayai melarikan diri ke Malaysia.

Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis dengan kerjasama Interpol memantau kes itu sejak insiden itu berlaku semalam.

"Pada masa ini, kami masih menunggu sebarang maklumat daripada Interpol berkaitan kes itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan agensi media antarabangsa, pihak berkuasa Thai menahan dua warga Iran berhubung beberapa siri letupan di Bangkok pada Selasa.

Salah seorang lelaki itu, yang dinamakan sebagai Saeid Morati, 28, berdasarkan pasport yang ditemui padanya, hilang kedua-dua belah kaki apabila dia cuba melempar bahan letupan ke arah polis Thai ketika melarikan diri dalam kes letupan sebelum itu di sebuah rumah di Bangkok.

Seorang lagi warga Iran ditahan ketika dia cuba menaiki pesawat keluar dari Thailand. Suspek ketiga dipercayai melarikan diri ke Malaysia. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment