My Add

Wednesday 15 February 2012

PRU ke-13: Najib 'diturunkan' ilham baru?

RABU, 15 Februari, 2012
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ramal Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan lebih awal, dijangkakan sama ada pada Mei atau Jun ini.

Firasatnya berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal." katnya.

Kenapa?

Kata Anwar, kerana dia boleh baca fikiran mereka ( Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin BN yang lai) "kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka,”.

Saya tidak fikir begitu, mentelah pula belum ada riak Parlimen akan dibubar dalam tempoh segera.

Kita boleh cakap apa sahaja, buat ramalan itu dan ini, tetapi segala-galanya terserah kepada Najib sebagai Perdana Menteri.

Mungkin Najib 'diturunkan' ilham baru...jangan terburu- buru Datuk Seri, PRU ke-13 boleh digenjak hingga tahun depan.

Pisau di tanganya, terserahlah kepada Najib. Itu hak dan pertimbanganya.

Tetapi, Najib kena juga telek betul-betul, kiri kanan, depan belakang serta lebih afdal pertimbang cakap, nasihat sehabat-sehabat serta orang lama dalam arena politik negara.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Apa Datuk Seri Najib nak kata...?

No comments:

Post a Comment