My Add

Thursday 9 February 2012

RM20,000 diperlukan untuk bedah ketumbuhan 20 kg

KUANTAN, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Seorang lelaki yang menderita akibat ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kirinya memerlukan kira-kira RM20,000 untuk menjalani pembedahan.

Ibu lelaki itu, Supiah Yahya, 58, berkata, Mohd Zulhafiz Abdul Ghani, 21, yang mengalami pendarahan di bahagian ketumbuhan itu sejak Jumaat lepas kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

"Menurut doktor, anak saya dipercayai menghidap kanser tulang dan memerlukan kos rawatan sekitar RM20,000 bagi tujuan pembedahan,” katanya ketika ditemui di HTAA, di sini, hari ini.

Beliau yang juga suri rumah berkata, suaminya hanyalah seorang pesara kerajaan dan tidak mampu menanggung kos rawatan berkenaan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu menderita penyakit berkenaan sejak April tahun lepas.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Mohd Zulhafiz iaitu akaun BSN: 1413329000035341 atau menelefon Supiah di talian 013-9147462. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment