My Add

Thursday 9 February 2012

RM2j untuk yayasan Kemas

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan bekas-bekas anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Esah Mustafa, 71; Mesiah Ahmad, 62, dan Syed Abdul Wahab Syed Abdul Rahman, 64, semasa tiba pada Majlis Penyampaian Bayaran Khas kepada Bekas Anggota Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Pengumuman itu dibuat pada majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan khas kepada 2,500 kumpulan pertama bekas kakitangan kontrak Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada majlis itu, bekas kakitangan kontrak tersebut menerima durian runtuh sebanyak RM3,000 seorang daripada kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah berkhidmat lebih lima tahun.

Ganjaran itu disampaikan dalam bentuk replika cek kepada pengerusi persatuan bekas anggota Kemas negeri-negeri.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah kepada tokoh-tokoh Kemas.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Bantuan itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 bahawa imbuhan secara sekali gus sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan Kemas yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun.

Semua bekas kakitangan kontrak yang layak boleh membuat permohonan dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat Kemas, semua pejabat Kemas atau pejabat Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBKAM) atau laman web Kemas. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment