My Add

Saturday 11 February 2012

Roboh gerai: MPS hanya keluarkan satu permit kereta tolak

SELAYANG, SABTU, 11 Februari, 2012: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hanya mengeluarkan satu permit untuk perniagaan kereta tolak sahaja di Jalan 26, Selayang Baru dan bukannya untuk perniagaan berstruktur kekal.

Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, sehubungan itu peniaga yang gerai mereka dirobohkan baru-baru ini telah melanggar syarat dengan membina khemah yang berukuran kira-kira 20 x 60 kaki persegi untuk berniaga di situ.

Katanya, kesalahan itu telah menyebabkan pihaknya terpaksa membatalkan permit yang dikeluarkan kepada mereka.

"MPS meluluskan benda lain tapi benda lain yang dibuat. Permit itu diluluskan untuk gerai kereta tolak menjual buah-buahan tetapi mereka telah membuat struktur kekal yang menjadi gerai makanan.

"Kalau mereka mahu berniaga perlulah memohon tapak. Jika ingin memohon berniaga dengan kereta tolak tidak ada masalah tetapi harus mengikut syarat serta ukuran yang ditetapkan iaitu 3 x 6 kaki persegi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat MPS di ibu pejabatnya, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata demikian bagi mengulas mengenai gerai yang dirobohkan oleh Pejabat Daerah bersama MPS di Jalan 26, Selayang Baru pada 23 Disember tahun lalu.

Selasa lalu, akhbar ini telah melaporkan mengenai lima peniaga kecil di situ yang membantah tindakan Ahli Parlimen Selayang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), William Leong yang mengarahkan MPS merobohkan gerai mereka.

Tindakan itu, dakwa peniaga, menyebabkan mereka mengalami kerugian kira-kira RM110,000 dan dianggap tidak berperikemanusiaan kerana mereka tidak mempunyai tapak lain untuk berniaga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment