My Add

Saturday 11 February 2012

Wang EPF digunakan bukan kerana kehabisan wang kerajaan

  


 Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menolak dakwaan pengunaan RM1.5 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membiayai pinjaman perumahan pembeli kurang layak bermakna Putrajayaketandusan wang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu berkata kewangan kerajaan mencukupi, dan menyalahkan pihak pembangkang yang membuat tuduhan “tidak berasas”.

“Memang benar, wang kerajaan memang mencukupi. Tuduhan ini semua tidak berasas," kata senator Umno itu melalui SMS kepada The Malaysian Insider semalam. 

Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh Putrajaya menyalahgunakan dana daripada KWSP sebagai topeng semata-mata untuk menyembunyikan kadar hutangnya dengan melakukan kerja “mulia” untuk projek perumahan untuk masyarakat berpendapatan rendah.

Kakitangan perkhidmatan awam berkata mereka tidak diberitahu tentang rancang untuk menggunakan sebanyak RM1.5 billion daripada KWSP dengan tujuan memberi pinjaman kepada pembeli yang kurang berkelayakan.

Cuepacs, badan penaung kesatuan pekerja perkhidmatan awam, berkata, “Setakat ini kami tidak dimaklumkan apa-apa” tentang skim untuk memberi pembiayaan penuh kepada 20,000 pemilik baru rumah berkos rendah di Kuala Lumpur.

Kesatuan pekerja swasta juga memaklumkan mereka turut tidak diberitahu tentang rancangan tersebut sebelum Raja Nong Chik membuat pengumuman minggu lepas bahawa pengurusan KWSP telah “tampil kehadapan” dan membuat tawaran untuk membiayai skim perumahan tersebut. 

Namun Raja Nong Chik enggan mengulas tentang dakwaan kesatuan-kesatuan pekerja itu mahupun kenapa kerajaan tidak menggunakan dana sendiri untuk membiayai skim itu.

“Tujukan soalan itu kepada KWSP,” kata menteri itu kepada The Malaysian Insider.

Khamis lalu, KWSP menjelaskan badan itu masih dalam peringkat perundingan dengan agensi kerajaan untuk memberi pinjaman kepada penyewa bandar untuk membeli rumah tetapi perjanjian belum dimeterai.

KWSP juga berkata syarat berkaitan termasuk meminjamkan wang permulaan sebanyak RM300 juta kepada kerajaan pusat melalui badan khas yang dikaitkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan.

Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu menjelaskan dana RM1.5 billion daripada KWSP terhadap pinjaman berkenaan tidak memudaratkan pencarum KWSP.

Menurutnya, hal ini kerana jumlah tersebut tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan dana KWSP.

Najib berkata, Raja Nong Chik akan diminta untuk menjelaskan skim berkenaan kepada masyarakat, dan menambah pinjaman itu diberikan kepada mereka yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan daripada institusi kewangan.

Raja Nong Chik sendiri berjanji kerajaan akan memastikan kepentingan KWSP akan terjaga, dan berkata perjanjian tersebut akan menguntungkan KWSP

No comments:

Post a Comment