My Add

Tuesday 6 March 2012

11 syarikat sasar keluar 35,000 tan metrik rumpai laut

KOTA KINABALU, SELASA, 06 Mac, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeluaran 35,000 tan metrik rumpai laut tahun ini menerusi penglibatan 11 syarikat dalam Projek Estet Mini Rumpai Laut di Sabah.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, selain menggandakan pengeluaran, penglibatan syarikat itu bertujuan meningkatkan dan memperbaiki kaedah pengeluaran rumpai laut bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

“Kita dapat menghasilkan 20,789 tan metrik rumpai laut pada 2010. Menerusi penggunaan kaedah terkini oleh 11 syarikat ini, tidak mustahil kita dapat menghasilkan jumlah yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian Projek Estet Mini Rumpai Laut dengan 11 syarikat peneraju itu di sini hari ini.

Syarikat yang terlibat dalam projek itu di Semporna ialah Avanova Group Sdn Bhd, Madesjaya Sdn Bhd, NIZH Goodwill Sdn Bhd, Perdana Seaweed Farm Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Semporna, SALS Agriculture Sdn Bhd, Sebangkat Reef Eco Plant Sdn Bhd, UMS Link Holdings Sdn Bhd dan VC United Sdn Bhd.

Dua syarikat yang terlibat dalam projek itu di Kunak pula ialah Ko-Nelayan Sabah dan Persatuan Nelayan Kawasan Kunak.

Mohd Johari juga berkata, keluasan 3,000 hektar sedia ada itu akan ditambah kepada 8,000 hektar untuk penanaman rumpai laut bagi meningkatkan penghasilan produk laut terbabit. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment