My Add

Friday 9 March 2012

120 kes baru HFMD dilapor di Sarawak hari ini

KUCHING, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak kini meningkat kepada 2,532 kes selepas 120 lagi kes baru dilapor hari ini. 

Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan menyebut 51 daripada kes baru
itu dilaporkan di Kuching dengan Samarahan (20 kes), Kapit (11), Miri (11), Bintulu (lapan), Mukah (lima), Limbang (lima), Sri Aman (tiga), Betong (tiga), Sibu (dua) dan Sarikei (satu).

Sejumlah 11 kes baru pesakit yang dirawat di hospital turut dilaporkan 
dengan tujuh di Kuching, dan masing-masing dua di Bintulu serta Sibu. 

Sejumlah 54 sekolah, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak diarah tutup 
sementara sejak jumlah penyakit itu meningkat secara mendadak pada hujung Februari lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada satu pun daripada kes itu dikategorikan 
sebagai kritikal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment