My Add

Saturday 3 March 2012

120 penerima bantuan baharu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Langkah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turun padang untuk mengesan sendiri golongan asnaf yang layak diberi bantuan membuahkan hasil apabila dalam masa dua minggu sahaja seramai 120 golongan itu berjaya dikenal pasti.

Usaha menjejaki golongan tersebut dilaksanakan oleh Skuad Jejak Asnaf Baitumal MAIWP yang dilancarkan 16 Februari lalu bertujuan mengenal pasti asnaf yang layak tetapi belum menerima bantuan zakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkembangan itu adalah sesuatu yang positif dalam memastikan lebih ramai golongan asnaf dapat dibantu.

"Jika dahulu kita hanya menunggu mereka yang layak datang ke pejabat atau pusat zakat untuk memohon bantuan, tetapi kini MAIWP sendiri turun mencari mereka bagi menghulurkan bantuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment