My Add

Wednesday 7 March 2012

130,000 guru tunggu KUP Time Based baharu

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012; Kerajaan diminta segera melaksanakan skim kenaikan gred gaji berdasarkan tempoh perkhidmatan Khas Untuk Penyandang (KUP) atau KUP Time Based yang baharu melibatkan kira-kira 130,000 daripada 430,000 warga pendidik di seluruh negara.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan (gambar) berkata, ini kerana warga pendidik di seluruh negara khususnya kumpulan guru cemerlang ketika ini 'terbayang-bayang' akan menerima manfaat daripada skim tersebut seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2012.

Selain itu, kata beliau, pelaksanaan KUP Time Based baharu itu nanti perlu merangkumi ribuan para guru cemerlang dan layak yang menamatkan perkhidmatan pada Januari dan Februari tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment