My Add

Sunday 18 March 2012

14 BN, 6 bendea UMNO dibaakar

SUNGAI PETANI, AHAD, 18 Mac, 2012: Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera UMNO di jalan masuk ke Taman Malinja dekat sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang.

Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Anuar Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Merbok.

Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu.

Katanya, beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

Menurut beliau, kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang, dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment