My Add

Thursday 8 March 2012

189 mangsa banjir di pusat pemindahan Jelai dibenarkan pulang

SEREMBAN, KHAMIS. 08 Mac, 2012: Kesemua 189 mangsa banjir dari Blok 19, Felda Jelai 4, Gemas, pulang ke rumah masing-masing pada jam 1.30 petang tadi berikutan air mulai surut. 

Mereka sebelum ini dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Jelai 4 selepas kawasan rumah mereka dinaiki air sedalam satu meter pada jam 11 malam tadi.

Menurut laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, air daripada Sungai Muar didapati surut sepenuhnya petang ini dan pusat pemindahan ditutup pada jam 3 petang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment