My Add

Wednesday 21 March 2012

270,000 pencarum Perkeso terima kenaikan pencen

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Seramai 270,595 orang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menikmati kadar kenaikan bayaran faedah pencen, antara 1.3 hingga 3.7 peratus mengikut tempoh pencen.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ketika mengumumkannya berkata, pembayaran pencen baru itu berkuatkuasa 1 Januari tahun lepas melibatkan kedua-dua skim iaitu Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

"Perkeso akan membayar pelarasan tunggakan pencen bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2012 dan implikasi kewangan ekoran kenaikan kadar pencen itu dianggarkan berjumlah RM35.2 juta," katanya kepada pemberita dalam majlis pengumuman kenaikan kadar pencen Perkeso di sini hari ini.

Beliau berkata, penerima pencen sebelum tahun 2008 akan mendapat kenaikan 3.3 peratus, penerima pencen tahun 2008 mendapat kenaikan 3.7 peratus, penerima pencen tahun 2009 kenaikan 3 peratus manakala penerima pencen tahun 2010 menerima 1.3 peratus kenaikan.

Sementara itu, beliau berkata, Perkeso turut menaikkan kadar pencen minima di bawah Skim Pencen Ilat daripada RM250 kepada RM475 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment