My Add

Friday 9 March 2012

3 beranak rentung di Seri Kembangan


ANGGOTA bomba memeriksa lokasi kebakaran yang meragut 3 nyawa dan seorang lelaki melecur hampir kesemua anggota badannya di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, pagi ini. Kebakaran tersebut dapat dikawal oleh pihak bomba pada jam 4.20 pagi. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Tiga sekeluarga rentung apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Aman, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi tadi. 

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Zulkifli Sairan, berkata berdasarkan laporan awal kebakaran pada kira-kira jam 2.55 pagi itu meragut nyawa seorang ibu berusia 30-an bersama dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang, katanya kepada pemberita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment