My Add

Friday 16 March 2012

3 NGO sokong penyenaraian FELDA ke Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) FELDA yang mewakili lebih 100,000 generasi FELDA menyokong penyenaraian FGV ke Bursa Malaysia yang dilihat mampu memberi kebaikan kepada peneroka dan juga ekonomi negara.

Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Anuar Manap, berkata penyenaraian FGV tidak seharusnya dipolitikkan oleh segelintir pihak termasuk pembangkang.

"Kami tolak campur tangan pihak luar yang cuba mengagalkan usaha penyenaraian FGV..., ada pihak risau dengan kejayaan FELDA selama ini dalam membantu warganya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Turut hadir Ahli Panel Gabungan Pemikiran Profesional FELDA, Datuk Khairil Anuar Aziz dan Presiden Alumni Asrama FELDA, Abdul Malik Jalil. - BH Online

No comments:

Post a Comment