My Add

Friday 9 March 2012

3 tuduhan tipu kerajaan Malaysia: Liong Sik diarah bela diri

Oleh NORAZLITA MOHD SIES

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik membela diri atas 3 pertuduhan menipu kerajaan Malaysia.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu setelah berpendapat antaranya, pihak pendakwaan berjaya dalam tugasnya menunjukkan bahawa Liong Sik sebenarnya mengetahui bahawa tindakan beliau sengaja tidak mendedahkan fakta tersebut kepada Kabinet telah menipu kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, Hakim Ahmadi berpendapat, pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie dalam semua pertuduhan itu.

Beliau kemudiannya menetapkan 18 hingga 22 Julai untuk bekas menteri Kabinet yang diwakili peguam Wong Kian Kheong itu membela diri.

Liong Sik memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah atas semua pertuduhan. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment