My Add

Friday 16 March 2012

30 rumah dilanda banjir kilat

R. Punitha (kanan) dibantu oleh jirannya untuk mengangkat barangan di rumahnya ke tempat selamat apabila banjir kilat melanda Kampung Batu 8 di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam petang semalam. - UTUSAN/Ahmad Fadzly Esa

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF 
SALEHUDEN 

SHAH ALAM, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Kira-kira 30 buah rumah yang didiami 200 penduduk di Kampung Batu 8, Jalan Bukit Kemuning di sini dinaiki air ekoran banjir kilat selepas hujan lebat petang ini.

Banjir kilat yang bermula pukul 5 petang iaitu selepas hujan lebat dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang lemah serta tidak disenggara dengan baik.

Difahamkan, kejadian banjir kilat yang menyebabkan para penduduk mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda ini sering dialami sejak beberapa tahun lalu. 

No comments:

Post a Comment