My Add

Tuesday 6 March 2012

4 pelan baharu: Yes sasar 500,000 pengguna pascabayar

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: YTL Communication Sdn Bhd, yang melancarkan empat pelan pascabayar baharunya hari ini bagi Yes, satu daripada rangkaian 4G paling canggih di dunia, yakin dapat mencapai sasaran pelanggan pascabayar 500,000 pengguna tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata, syarikat itu juga sedang berusaha mengembangkan liputan Yes di Sabah dan Sarawak.

Bercakap selepas pelancaran empat pelan pascabayar itu di sini, hari ini, beliau berkata, ia merangkumi pelan Internet yang menawarkan gabungan prestasi dan nilai.

Beliau berkata, pelan itu dicipta bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pengguna data rendah hingga data tinggi tetapi juga bagi tujuan peribadi dan kerja.

Keempat-empat pelan itu, Super 48, Super 68, Super 98 dan Super 168, disediakan bagi memberikan keanjalan dan kebebasan kepada pengguna berdasarkan kepada pola penggunaan mereka.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment