My Add

Thursday 8 March 2012

400 penduduk Ampang dipindah akibat banjir

ANGGOTA penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebuah kereta yang dihempap pokok di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Kira-kira 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam tadi apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.
Dua kampung terbabit ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir
Tiga membabitkan 150 rumah.
PASUKAN penyelamat dibantu orang ramai menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir di Dusun Tua, Hulu Langat, malam tadi.
"Banjir besar itu akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh. Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang," kata Ketua Wanita UMNO bahagian Ampang, Dr Rozaidah Talib ketika dihubungi.

189 orang di FELDA Jelai 4 Gemas dipindah 

Di SEREMBAN: Dilaporkan seramai 189 orang dari kawasan Blok 19, Felda Jelai 4, Gemas, dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang semalam dan malam tadi, mengakibatkan Sungai Muar melimpahi tebing. 

Mereka dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Jelai 4 selepas kawasan rumah mereka dinaiki air sedalam satu meter pada 11 malam tadi, demikian menurut laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan hari ini.

Pasukan penyelamat terdiri anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis dan Ikatan Relwan Rakyat (RELA) membantu menjalankan kerja pemindahan dan menyelamat.

Penduduk sekitar diminta sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa jika berlaku banjir. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment