My Add

Saturday 10 March 2012

40,000 kanak-kanak Sabah tiada sijil lahir

PUTRAJAYA, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menjalankan program turun padang bagi menyelesaikan masalah kira-kira 40,000 kanak-kanak yang berdepan masalah sijil lahir di Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, di Semporna sahaja, dianggarkan terdapat 4,000 kanak-kanak masih tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu.

‘‘Sejak program turun padang di Semporna dari 28 Februari hingga semalam, seramai 569 kanak-kanak telah mendaftar untuk sijil lahir manakala 480 lagi yang berumur 12 tahun ke atas mendaftar untuk kad pengenalan.

‘‘Selain itu, seramai 73 orang telah memohon pengesahan taraf kewarganegaraan. Program ini akan diteruskan di Semporna sehingga masalah ini diselesaikan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment