My Add

Thursday 15 March 2012

5 rumah di Kota Bharu terbakar

KOTA BHARU, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Sederet lima rumah di Kampung Demit, Kubang Kerian dekat sini, hangus dalam kebakaran pagi tadi membabitkan kerugian lebih RM160,000. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Shukri Ismail, berkata kebakaran itu berlaku pada jam 9 pagi tadi.

"Kebanyakan penghuni tiada di rumah," katanya.
Beliau berkata, 21 anggota bomba dari sini dan Pengkalan Chepa berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dalam masa 15 minit. 

Mohd Shukri berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment