My Add

Friday 9 March 2012

500,000 bakal terima faedah

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Dianggarkan 500,000 penerima bantuan di seluruh negara bakal mendapat faedah daripada peruntukan sebanyak RM1.18 bilion yang disediakan kerajaan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini.

Ketua Pengarah JKM, Hadzir Md. Zain berkata, pada tahun lalu sahaja seramai 457,000 penerima menerima bantuan daripada agensi itu melalui peruntukan dalam jumlah sama yang disediakan kerajaan.

Hadzir berkata, faedah yang diterima oleh kumpulan sasar itu membuktikan bahawa JKM tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam pemberian bantuan serta tidak dipengaruhi mana-mana pihak ketika berbuat demikian.

"Sejak 66 tahun lalu JKM sebagai agensi barisan hadapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan tanggungjawab menyampaikan bantuan kepada kumpulan sasar yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment