My Add

Wednesday 7 March 2012

6 Pusat Giat Mara akan dibina, 8 lagi dinaik taraf

RAUB, RABU, 07 Mac, 2012: Sebanyak enam Pusat Giat Mara akan dibina dan lapan lagi akan dinaik taraf tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM56 juta kata Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Beliau berkata, tiga pusat itu akan dibina di Pahang, manakala setiap sebuah lagi akan dibina di Kelantan, Perak dan Sabah.

"Tiga Pusat Giat Mara yang akan dibina di Pahang ialah di daerah Raub, Kuantan dan Pekan.

"Tender bagi kontrak membina pusat di Raub akan dikeluarkan pertengahan bulan ini manakala daerah lain akan dibuat secara berperingkat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan lebih 200 wanita daerah Raub di Taman Tasek dekat Kampung Sungai Pasu di sini hari ini.

Pembinaan pusat giat adalah bagi menampung bilangan pelatih yang semakin ramai terutama belia dan pelajar lepasan sekolah yang berminat mengikuti 36 kursus kemahiran yang disediakan di Pusat Giat Mara.

Sehingga kini katanya, terdapat 223 Pusat Giat Mara di seluruh negara dengan lebih 5,000 hingga 7,000 pelatih termasuk kira-kira 1,000 belia Orang Asli sedang mengikuti pelbagai kursus dan latihan yang disediakan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment