My Add

Friday 9 March 2012

600,000 guna pengangkutan awam

MUHYIDDIN Yassin melihat replika tren MyKomuter pada Majlis Pelancaran Tren MyKomuter di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan). - BERNAMA

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR 

KUALA LUMPUR. KHAMIS, 08 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan penggunaan pengangkutan awam darat di Lembah Klang pada waktu puncak meningkat kepada 600,000 orang tahun ini selari dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Nasional-Pengangkutan Awam Bandar (NKRA-UPT).

Perdana Menteri berkata, penggunaan pengangkutan awam pada tahap 25 peratus itu dijangka tercapai dengan perkhidmatan kesemua 38 set Tren Enam Gerabak (SCS) oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) yang akan diperoleh sepenuhnya menjelang Jun ini.

"Usaha berterusan Kementerian Pengangkutan terutamanya Unit NKRA dan KTMB dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam khususnya rel mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kepentingan pengangkutan awam negara....600,000 guna pengangkutan awam, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment