KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Kira-kira 7,000 penyewa perumahan awam sekitar ibu negara bersetuju menerima tawaran pembelian rumah di bawah skim pembiayaan khas Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mereka merupakan kumpulan pertama pembeli yang melibatkan fasa pertama dana pembiayaan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Yang utama ialah di kawasan Bandar Tun Razak, yang kedua di Setiawangsa, yang ketiga kalau tak silap saya di Lembah Pantai, tetapi semua kawasan di Wilayah Persekutuan juga terlibat,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Skim pembiayaan khas itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lalu, mula beroperasi 1 Mac. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment