My Add

Wednesday 14 March 2012

Aduan gabungan MAS-AirAsia masih diteliti: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) masih meneliti rungutan orang ramai dan aduan mengenai penggabungan MAS-AirAsia yang dikatakan mempunyai unsur-unsur antipersaingan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, MyCC juga sedang mengkaji dengan lebih mendalam jika amalan kedua-dua pihak melanggar peruntukan Akta Persaingan 2011 sama ada menerusi Kerangka Kolaboratif Komprehensif (CCF) atau sebaliknya.

"MyCC tidak akan mengambil tindakan terhadap AirAsia semata-mata kerana menerbitkan tambang yang mengelirukan kerana ia bukan satu kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Choo Keong ingin tahu mengenai status siasatan oleh MyCC terhadap pertukaran saham antara MAS-AirAsia/CCF yang bertentangan dengan kepentingan negara dan sama ada MyCC juga mengambil tindakan terhadap Air Asia yang menerbitkan tambang mengelirukan dalam webnya dengan caj terselindung. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment