My Add

Saturday 17 March 2012

Agong prihatin terhadap kebajikan polis: KPN

KUALA LUMPUR, SAABTU, 17 Mac, 2012: Keberangkatan hadir Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, ke pertandingan golf sempena Hari Polis ke-205 di sini hari ini menunjukkan tuanku seorang yang prihatin, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. 

"Kehadiran Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hamimah Hamidun serta kerabat diraja yang lain menyerlahkan sifat mengambil berat terhadap kebajikan pegawai-pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika berucap selepas pertandingan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini.

Ismail berkata, kehadiran Tuanku meningkatkan semangat warga PDRM untuk terus menabur bakti dan menumpukan taat setia kepada baginda.

"Kami akan memberi seluruh komitmen dan kerjasama menjayakan apa sahaja program serta perancangan di masa hadapan baik dari sudut sukan, kepolisan dan kesejahteraan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment