My Add

Tuesday 20 March 2012

Agong serah watikah pelantikan lembaga penasihat SPRM

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini mengurniakan watikah pelantikan kepada 14 anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, mendahului penerima watikah pada upacara itu yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Penerima lain ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Hamid Bugo; bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tan Sri Prof Dr. Mohd Kamal Hassan; Pengerusi New Straits Times Press, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas; bekas ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Tan Sri Simon Sipaun.

Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn. Bhd., Tan Sri Yong Poh Kon; bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn. Bhd., Tan Sri Rashpal Singh; Profesor Ulung, Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia; bekas Profesor Universiti Sains Malaysia, Datuk Anwar Fazal; Pengarah Eksekutif Oriental Hearts and Mind Study Institute, Datuk Dr. Michael Yeoh Oon Kheng; Presiden Persatuan Voices of Peace, Conscience and Reason serta penulis, Datin Halimah Mohd. Said dan Peguambela dan Peguamcara Kanan, Chelvarajah Ramasamy Reddiar.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada kerajaan tentang tindakan dan tatacara memerangi rasuah di Malaysia seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment