My Add

Tuesday 6 March 2012

AIM main peranan besar tingkat ekonomi bumiputera

KUCHING, SELASA, 06 Mac, 2012:Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) banyak memainkan peranan dalam mengubah nasib kaum bumiputera khasnya dalam meningkatkan lagi taraf hidup dan ekonomi mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini.

Beliau berkata, AIM bukan setakat mengubah tahap ekonomi rakyat malah juga berjaya mentranformasikan tahap sosial pesertanya yang selama ini hidup serba kekurangan.

"Kisah hidup Puan Dayang Fatimah Awang Zain, pembuat kek lapis di Kampung Gersik, Kuching menjadi contoh bagaimana AIM dapat membantu mengubah ekonomi dan sosial peserta Projek Sahabat AIM,” kata beliau ketika berucap pada majlis program ramah mesra di Kampung Gersik di sini hari ini.

Beliau berkata, bermula dengan modal RM1,000 daripada AIM, Dayang Fatimah kini berjaya memperoleh pendapatan hampir RM10,000 sebulan dengan membuat dan menjual kek lapis dan mempunyai lima pekerja.

Menurutnya, tidak ada benda yang mustahil jika yakin dan gigih berusaha untuk mengubah nasib dan hidup ke tahap lebih baik sebagaimana yang telah ditunjuk oleh pengusaha-pengusaha kek lapis dan pembuat seramik yang berjaya di bandar raya Kuching hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment