My Add

Sunday 18 March 2012

Air: Selangor minta nasihat firma London

SHAH ALAM, AHAD, 18 Mac, 2012: Kerajaan negeri Selangor sudah meminta nasihat daripada sebuah firma guaman antarabangsa di London bagi mengatasi kebuntuan berhubung usahanya menguasai industri air di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam kenyataannya hari ini, berkata beliau sudah bertemu sepasukan peguam kanan daripada firma tersebut membincangkan di segi undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap perkara berkenaan.

"Kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman kepakaran mereka dalam undang-undang ketika mengendalikan situasi yang serupa di tempat lain," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mahu melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang digubal Kerajaan Persekutuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment