My Add

Wednesday 14 March 2012

AirAsia X tambah penerbangan ke Taipei dan Perth

SEPANG. RABU, 14 Mac, 2012: AirAsia X, unit penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia Bhd., akan menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Taipei, Taiwan dan Perth, Australia sebagai sebahagian daripada strategik penjajaran semula rangkaiannya seperti yang diumumkan awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dalam kenyataannya di sini hari ini berkata berkata, kekerapan tambahan itu bakal menyaksikan penebangan harian semasa ke Taipei meningkat kepada 11 penerbangan seminggu mulai 22 Jun dan ke Perth kepada sembilan penerangan seminggu mulai 24 Jun ini.

"AirAsia X terus fokus dalam mengukuhkan rangkaian pasaran terasnya di Australia, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan dan Iran yang membolehkannya memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam sektor penerbangan tambang rendah jarak jauh tahun ini," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu memberi respons kukuh terhadap permintaan perjalanan yang semakin kukuh dan berkembang dari dan ke Australia dan Taiwan.

"Permintaan untuk perjalanan ke Perth dan Taipei merekodkan purata muatan penumpang melebihi 85 peratus tahun lepas," ujarnya.

Azran berkata, penerbangan tambahan itu akan membuka peluang baharu untuk aktiviti komersial dan merangsang perjalanan di ASEAN, Australia dan Taiwan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment