My Add

Saturday 17 March 2012

Amah kerja hari rehat dibayar RM27 sehari

Oleh Saharuddin Musthafa

JAKARTA, JUMAAT, 16 Mac, 201: Seorang amah dari Indonesia yang bakal dihantar ke Malaysia bulan depan tidak hanya menerima gaji bulanan sebanyak RM700.

Sebaliknya, majikan yang memerlukan khidmat amah pada hari cuti rehat mereka juga diwajibkan membayar gaji lebih masa sebanyak RM27 untuk sehari bekerja.

Dalam satu situasi lain, seandainya seseorang amah itu diperlukan untuk bekerja sebulan tanpa cuti rehat, gaji lebih masa mereka boleh mencecah RM108.

Justeru, sebanyak RM808 bakal dimasukkan ke akaun peribadi gaji seorang amah dari Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia berdasarkan penetapan baru memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui kedua negara.

Mengumumkan perkembangan itu, Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman berkata, selain penetapan bayaran lebih masa, persetujuan itu turut menyentuh isu tangga gaji bagi seorang amah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment