My Add

Tuesday 20 March 2012

Anwar hadiri sidang antarabangsa bersama Salman Rushdie

KUALA LUMPUR, ISNIN,  19 Mac, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di persidangan India Today Conclave pada 16 dan 17 Mac lalu yang turut disertai penulis buku kontroversi, Salman Rushdie.

Malah, pada persidangan itu, beliau turut menyampaikan ceramah bertajuk 'Dari Diktator ke Demokrasi: Kejayaan Rakyat' manakala Salman menyampaikan ceramah bertajuk 'Merdeka: Saya Adalah Saya dan Itulah Saya'.

Mengikut jadual persidangan pula, Anwar dan Salman masing-masing telah menyampaikan ceramah pada 16 Mac.

Terdahulu dalam Twitternya, Anwar memberitahu beliau serta isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan datang ke persidangan itu sebagai membantah kehadiran Salman yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Laporan mengenai kehadiran Anwar itu didedahkan blog antarabangsa dan juga blog tempatan antaranya, rbfonline.net dan pisau.net. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment