My Add

Tuesday 6 March 2012

Anwar racuni pemikiran bekas pemimpin UMNO – Zahrain

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Mac, 201: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menggunakan strategi meracuni pemikiran bekas pemimpin UMNO yang kecewa dengan parti itu dalam usaha memburukkan UMNO bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ia juga merupakan strategi Anwar untuk melemahkan UMNO dengan menggunakan bekas pemimpin yang kecewa dan pemimpin terbabit dilihat mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenai parti tersebut dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, terdapat dua usaha Anwar untuk meraih sokongan pengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu pertama, memecah-belahkan ahli Pas dengan menghapuskan pengaruh ulama dalam parti itu dan kedua, melemahkan kedudukan UMNO menggunakan bekas pemimpin yang kecewa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment