My Add

Thursday 8 March 2012

Apple lancar iPad generasi ketiga


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook berucap semasa pelancaran produk terbaru Apple, iPad di Pusat Seni Yerba Buena, San Francisco, California, awal pagi ini. iPad ini diperbaharui dengan skrin yang lebih jelas dan pemproses yang lebih pantas. Apple berkata paparan baru akan menjadi lebih jelas daripada televisyen definisi tinggi sedia ada. - Foto AFP

SAN FRANCISCO, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Apple melancarkan iPad generasi ketiga pagi tadi dengan ciri-ciri lebih canggih bagi mengekalkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam pasaran komputer tablet dunia. 

iPad baru itu didatangkan dengan perisian lebih berkuasa, paparan resolusi tinggi setaraf iPhone 4S dan kemampuan untuk disambungkan kepada rangkaian telekomunikasi 4G LTE yang dapat menggerakkan data lebih pantas berbanding iPad sebelum ini.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, jualan iPad mengatasi pengeluar komputer peribadi pada tiga bulan terakhir tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment