My Add

Saturday 24 March 2012

Asrama Yayasan Selangor tetap dirobohkan - Menteri Besar

SHAH ALAM, JUMAAT, 23 Mac, 201: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan meneruskan rancangan merobohkan dua asrama milik Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk melaksanakan aktiviti pembangunan bernilai tinggi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan bahawa strategi Yayasan Selangor menempatkan anak-anak Selangor di Asrama Toh Puan Norashikin dan Asrama Tun Dr. Ismail di sekolah kawasan bandar seperti Kuala Lumpur tidak lagi sesuai.

Malah, katanya, berdasarkan penelitian pihaknya, selepas tahun 2000, pencapaian pelajar sekolah di luar bandar adalah lebih baik daripada sekolah di kawasan bandar, selain kuota pelajar yang ditetapkan Kementerian Pelajaran di sesebuah sekolah.

"Sebagai contoh anak-anak Selangor ditempatkan di setiap sekolah ternama di Kuala Lumpur seperti Victoria Institution dan St. John Institution telah dikurangkan oleh Kementerian Pelajaran daripada 20 orang kepada lima orang untuk satu sekolah sahaja mulai tahun 2000, " katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment