My Add

Monday 12 March 2012

ATM tetap hantar pemantau ke Mindanoa, Filipina

PETALING JAYA, ISNIN, 12 Mac, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menghantar Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao (TPA-M) ke Filipina walaupun kerajaan negara itu dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bakal menandatangani perjanjian damai.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sekiranya kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian damai itu, ini bukan bermaksud tugas TPA-M selesai sepenuhnya.

"Setakat ini, Alhamdulillah, saya lihat perjanjian genjatan senjata dipatuhi kedua-dua pihak. Tidak ada pertempuran mahupun konflik. Ini menggalakkan proses damai dan perundingan yang baik antara Filipina dan MILF.

"Walaupun perjanjian perdamaian dijangka ditandatangani dalam waktu penghantaran TPA-M7 ini, namun itu tidak semestinya tugas Tim ini selesai, mungkin ia masih perlukan pemantauan agar kedua-dua pihak patuhi syarat-syarat yang dibuat dalam perjanjian yang ditandatangani itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Penghantaran TPA-M7 di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Penghantaran TPA-M7 adalah untuk menggantikan TPA-M6 yang telah bertugas selama setahun mulai 12 Mac tahun lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment