My Add

Thursday 8 March 2012

Azizan jalani rawatan mata dijadikan isu

ALOR SETAR, RABU, 07 Mac, 2012: Berita Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak kelmarin bagi menjalani rawatan mata telah dimanipulasi oleh musuh politik beliau dengan tujuan memberi tekanan serta melemahkan kepimpinan menteri besar itu.

Kelompok berkenaan menyebarkan khabar angin bahawa Azizan dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, yang sebenarnya berlaku ialah Azizan menjalani rawatan mata yang telah dijadualkan doktor sebelum ini, selain untuk berehat.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan negeri, Abd. Ghani Ahmad berkata, Azizan ke HSB pada Sabtu lalu tetapi tidak dimasukkan ke wad kerana perlu menghadiri mesyuarat khas Pas berhubung krisis parti itu di kediaman Menteri Besar, Seri Mentaloon pada sebelah malam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment