My Add

Sunday 18 March 2012

Azizan nafi lucut Timbalan Pesuruhjaya 1, 2 Pas Kedah

ALOR SETAR, SABTU, 17 Mac, 2012: Di sebalik pelbagai usaha untuk menggugat kepimpinannya di peringkat parti dan negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilihat masih 'berlembut' dengan pihak terbabit.

Ia ketara apabila satu usul daripada Dewan Pemuda Pas agar merombak semula jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya 2, Datuk Dr. Ismail Salleh tidak dipersetujui oleh Azizan.

Malah menurut sumber, usul untuk melucutkan jawatan dua timbalannya itu yang dibentang dalam mesyuarat bulanan Badan Perhubungan Pas Kedah hari ini ditolak mentah-mentah oleh Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

"Apa yang pasti Menteri Besar (Azizan) enggan kemelut yang berlaku ini berlarutan dan percaya ia merupakan jalan terbaik," kata sumber dalaman tersebut. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment