My Add

Tuesday 6 March 2012

Azizan serah kepada Pas Pusat

ALOR SETAR, ISNIN, 05 Mac, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan Exco-Exconya jika mereka masih enggan mematuhi arahan dikeluarkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, arahan Pas Pusat akan diikutinya yang turut mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar.

“Jika selepas ini pun, mereka (Exco-Exco) masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana.

“Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagi pun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azizan berkata, beliau perlu patuh dan taat dengan arahan yang telah diputuskan oleh pimpinan Pas Pusat dan tidak mahu bergaduh dengan sesiapa pun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment