My Add

Wednesday 14 March 2012

BAE Systems harap bekal Eurofighter Typhoon ke Malaysia

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2912: Syarikat pertahanan dan keselamatan global berpangkalan di UK, BAE Systems berharap membekalkan pesawat pejuang pelbagai peranan paling canggih di dunia, Eurofighter Typhoon, kepada Malaysia.

Pengarah Urusan Asia Tenggara BAE Systems, John Brosnan berkata, syarikat itu telah mengemukakan cadangannya kepada Kementerian Pertahanan dan membincangkan dengan rakan perindustrian tempatan mengenai langkah menjalinkan kerjasama.

"Kami mempunyai pesawat terbaik dan disertakan pakej perindustrian,” katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai Penyertaan Perindustrian Malaysia syarikat itu di sini hari ini.

Mengenai nilai kontraknya, Brosnan berkata, ia masih terlalu awal untuk ditetapkan harganya kerana ia bergantung kepada bilangan pesawat, serta tahap sokongan yang diperlukan Malaysia.

"Sebaik kerajaan menilai fasa awal, ia akan mengeluarkan spesifikasi terperinci, yang termasuk tahap sokongan dan kami akan memasukkan harganya,” katanya.

BAE Systems mempunyai kehadiran 30 tahun di Malaysia dan sentiasa menyokong operasi pesawat pelatih Hawk Tentera Udara Diraja Malaysia sambil menyediakan juruterbang bagi menerbangkan pesawat pejuang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment