My Add

Monday 12 March 2012

Bakar bendera: Pemuda UMNO lapor polis

TANAH MERAH, AHAD, 11 Mac, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah kesal dengan perbuatan khianat pihak tertentu yang membakar bendera UMNO yang dipasang di Kampung Bendang Nyior di sini.

Sebanyak 48 helai bendera UMNO dipasang di sepanjang jalan Kampung tersebut sempena majlis ceramah di situ ditemui musnah dan dilonggokkan di satu kawasan berhampiran.

Ekoran itu, pergerakan Pemuda UMNO Tanah Merah yang diketuai Ketuanya, Almidi Jaafar (gambar) bersama lebih 30 penduduk telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini semalam.

Almidi berkata, pihaknya mengesyaki tindakan melampau itu telah dilakukan oleh penyokong parti pembangkang.

‘‘Perbuatan tersebut dilihat sangat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan fahaman politik,’’ katanya kepada pemberita semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment