My Add

Thursday 8 March 2012

Baling selipar ke hakim: Bekas imam dipenjara 1 tahun


BEKAS Imam, Hoslan Hussin, 46, berdoa di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini sebelum dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah panel hakim. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor


Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Bekas imam, Hoslan Hussin dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini atas kesalahan menghina mahkamah kerana membaling sepasang selipar ke arah panel hakim bersidang yang mendengar permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu, dua minggu lalu.

Perbuatannya yang disifatkan oleh mahkamah sebagai angkuh, biadap, riak dan ganas itu menemui padah apabila mencatat sejarah sebagai individu pertama dikenakan tindakan sedemikian kerana menghina mahkamah tertinggi negara.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjatuhkan hukuman itu setelah berpuas hati bahawa Hoslan, 46, melakukan kesalahan yang amat serius dan menjatuhkan maruah dan kewibawaan institusi kehakiman jika tidak dibendung.

Sehubungan itu, panel tersebut mendapati lelaki itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah di antara pukul 10.15 pagi dan 10.30 pagi, 22 Februari lalu di Mahkamah Persekutuan 1, Aras 2, Istana Kehakiman di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment