My Add

Thursday 22 March 2012

Ban Ki-Moon kagum komitmen Malaysia tangani TB


SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon (dua dari kiri) melawat pesakit di Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur, hari ini sempena lawatan beliau ke Malaysia selama dua hari. - Foto AP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Setiausaha Agung 
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon berkata, beliau kagum dengaan komitmen Malaysia menangani penyakit batuk kering (TB), penyakit kedua paling banyak meragut nyawa golongan dewasa di dunia. 

Ketika melakukan lawatan ke Institut Perubatan Respiratori di Jalan Pahang di sini hari ini, Ban memuji Kementerian Kesihatan kerana menyediakan perkhidmatan klinikal secara percuma kepada pesakit TB.

"Saya puji Kerajaan Malaysia kerana membantu pesakit TB di sini dan ramai yang lain lagi. Kerajaan memberi perkhidmatan dan rawatan percuma kepada mereka. Ini sesuatu yang luar biasa," katanya kepada pemberita pada akhir lawatan itu.

Ban, yang diiringi isteri Ban Soon-taek, dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, lawatan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan dalam badan dunia itu mulai 1 Jan 2007. 

Beliau dan rombongan, yang dianggotai pegawai dan petugas PBB, tiba semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment