My Add

Friday 16 March 2012

Ban Ki-moon melawat Malaysia Rabu depan

Ban Ki-moon 
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), JUMAAT, 16 Mac, 2012: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijangka memulakan lawatan ke empat negara Asia, Isnin depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Korea Selatan. 

Jurucakap PBB, Martin Nesirky berkata, Ban akan memulakan lawatannya ke Indonesia sebelum ke Malaysia, Singapura dan Korea Selatan.

Beliau berkata, Setiausaha Agung PBB dijadualkan tiba di Kuala Lumpur, Rabu depan; di mana beliau dijangka mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam rangka lawatannya ke Malaysia, Ban akan melawat Pusat Latihan Keamanan Malaysia. 

Ban akan berada di Singapura pada Jumaat depan sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear Korea Selatan antara 26 hingga 27 Mac ini. - AFP 

No comments:

Post a Comment