My Add

Wednesday 21 March 2012

Bandar Media RM860j di kawasan Angkasapuri

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Pembangunan semula Angkasapuri melibatkan kawasan 27 hektar di Bukit Putra di sini, menelan kos keseluruhan pembinaan bernilai RM860 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, kos itu akan ditanggung bersama kerajaan dan pihak swasta yang dilantik membangunkan projek iaitu Media City Development Sdn. Bhd. (Media City).

Menurutnya, projek pembangunan semula dua fasa itu kini sedang dalam pembinaan dan mengambil masa kira-kira lapan tahun untuk disiapkan.

"Dalam pembangunan fasa pertama, kerja-kerja pembinaan tertumpu kepada kerja-kerja infrastruktur dan menyiapkan bangunan baru selama tiga tahun manakala fasa kedua pula mengambil masa lima tahun bagi melengkapkan penyediaan peralatan serta kemudahan digital," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment